

1. Ape perasaan anda sekarang? cepat la time rehat..malas nk dok kt sekolah daaa
2. Saya nak makan? laksa...huhu.sedapnye laksa makcik aku buat.time raye je slalu berkesempatan.
3. Saya tak suka makan? byk gak....sayur diantaranya.huhu
4. Impian saya? blajo sampai PHD....nama aku Dr F******(ermm....boleh ke?insyallah.teruskan perjuangan anda)
5. Haiwan yang saya tak suka? babi (idung terjungkit & sungguh pengotor!)
6. Saya harapkan? akan mendapat kehidupan yang sempurna (aku wanita,aku kaum hawa yg rapuh hatinya...ahaksss)
7. Jika boleh putarkan masa? nak rasa jadi bdk sekolah...sekolah rendah tau.bestnye...rindu lak zaman2 tu.time miro attack siap leh xnk dtg sekolah agama....
8. Saya pada 10 tahun akan datang? dh kawin kot.anak xtau la brape...hahaha
9. Handphone saya adalah sebuah? dh namenye hanpon,hanpon la...xkan nk tuko kot.ape daa
10. Saya pernah bercinta sebanyak? kene ke kire???
11. Saya suka pada? keadaan yg mendamaikan....mcm kt tepi pantai.
12. Kawan-kawan saya? mmg semua baik n sporting....satu kepala.tp ramai sgt kawan2 sy ni....dr kecik sampai la ke beso.aku sayang semua kengkawan aku.bayangkan kalo dunia ni tanpa kawan????
13. Pernah dikhianati? erm..penah kot
14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? doakan die segera bertaubat...
15. Senaraikan 6 orang untuk di’tag’ : missctsafa,mrsfernandotorres,kisah7900,kristalzone,buahceri,padasatuhari
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapatkeredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapatpahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanyayang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."